PETANG SUNSET
Di waktu yang penuh hiru dan ramai. Aku duduk menunggu ketibaan kakak untuk mengambilku daripada kerja ahaha. Penat tapi worth it. Sunset selalunya menjadi jawapan dengan dunia yang semakin sesak. Kenapa? entah. Aku pun ragu apa kaitannya haha. Tapi, begitulah umumnya. Ciptaan tuhan adalah tempat yang terbaik untuk mengadu dan melepas lelah bukan? Malangnya kita masih lemah dalam mensyukurinya dan menjadikan manusia asbab penenang hati yang terluka. Rindu pada Dia, tapi malas mahu berdoa. Bila rindu pada manusia barulah mencari tuhan yang Esa. Siapa lagi kalau bukan aku. Ya, aku si pendosa dunia yang mimpikan syurga. Ingat lagi sewaktu ku sampaikan pada insan yang melahirkan ku. "Manusia seperti aku, layak ke syurga ke ibu?" dia diam lalu tersenyum. Syurga? katanya. Dia juga belum yakin apa pengakhirannya apatah lagi mahu meramal pengakhiran orang lain. Tapi, ibuku berpesan. Mungkin kita bukan insan yang tergolong di antara insan yang jelas2 akan berada di ...