PETANG SUNSET
Di waktu yang penuh hiru dan ramai. Aku duduk menunggu ketibaan kakak untuk mengambilku daripada kerja ahaha. Penat tapi worth it. Sunset selalunya menjadi jawapan dengan dunia yang semakin sesak. Kenapa? entah. Aku pun ragu apa kaitannya haha. Tapi, begitulah umumnya. Ciptaan tuhan adalah tempat yang terbaik untuk mengadu dan melepas lelah bukan? Malangnya kita masih lemah dalam mensyukurinya dan menjadikan manusia asbab penenang hati yang terluka.
Rindu pada Dia, tapi malas mahu berdoa. Bila rindu pada manusia barulah mencari tuhan yang Esa. Siapa lagi kalau bukan aku. Ya, aku si pendosa dunia yang mimpikan syurga. Ingat lagi sewaktu ku sampaikan pada insan yang melahirkan ku.
"Manusia seperti aku, layak ke syurga ke ibu?" dia diam lalu tersenyum. Syurga? katanya. Dia juga belum yakin apa pengakhirannya apatah lagi mahu meramal pengakhiran orang lain.
Tapi, ibuku berpesan. Mungkin kita bukan insan yang tergolong di antara insan yang jelas2 akan berada di syurga. Ataupun insan2 yang tawaduk dan melakukan ibadah bukan hanya yang wajib. Insan yang mengejar akhirat daripada dunia. Mungkin. Kita hanya umat islam yang patuh dengan larangan yang jelas tapi masih rapuh dengan dosa yang tertutup. Tapi biarlah kita menjadi hambanya yang berusaha dan takut denganNya. Yang mana mungkin akhirnya boleh menyelamatkan kita daripada maraknya api neraka.
Semoga, kita selamat ya..
-Coretan Pendosa Dunia yang Mimpikan Syurga, 28 Mac

Comments
Post a Comment