BAB 2(MASTER KING)
"Kau ingat wajah aku betul-betul..kau kena janji dengan aku,yang in the future,kalau wajah ni datang lagi dekat kau dan minta something daripada kau,apapun itu...you have to say yes..."
Fitri termenung memandang kearah langit yang membiru pada awal petang itu. Riak wajahnya menunjukkan dia sedang bingung. Berkali-kali dia merubah bentuk tangannya yang terangkat ke langit dek kerana rasa kelirunya. Dia bangun dari perbaringan dengan segera.
"Hish! Apa maksud tuan tu eh..." Ayie disebelahnya terkejut beruk. Wajahnya sedikit jengkel. Apa pula yang sahabatnya duk merepek petang-petang sabtu ni.
"Kau
kenapa ni?masih tak boleh move on ke? Aku dah minta maaf banyak kali dah
kan?" Ayie sedikit serba salah. Dia tahu yang sahabatnya itu teramatlah
marah padanya sejak ahad yang lalu. Dia juga tahu,apa yang terjadi itu bukanlah
kehendak hatinya dan jujurnya dia teramatlah menyesal. Kepalanya yang berlapik
tudung bawal berwarna kelabu dia garu pelahan.
"bukan
kaulah! Aku teringat Tuan malam tu.." Ayie memasangkan wajah bingung
pula.
"masih
lagi? Are you serious Riri? Dia pun belum tentu ingat muka kau tau..dah
seminggu dah berlalu sayang oi...don't take it too serious sweetie.." Ayie
membelai kepala Fitri disebelahnya tapi,tangannya ditepis.
"Don't
take it too serious sweetie...huh! Sekarang baru kau nak sweetie-sweetie kan?
Waktu lupakan aku malam tu..takde pulak kau nak macam ni! Kau ingat eh
Ayie,trauma aku malam tu,masih tak boleh hilang. Jadi jangan harap! Aku nak
maafkan kau...HUH!" Fitri yang tadinya tekun memandang langit segera
bangun dan menghadap sahabatnya itu. Jujurnya rasa amarahnya sudah hilang sebab
dia percaya,setiap perkara yang berlaku mesti ada asbabnya. Tapi,entah kenapa
,melihat sahabatnya buntu dan serba salah itu tidak pernah membuatnya jemu.
Malahan dia terhibur dengan wajah kasihan Ayie yang seperti ingin menangis
setiap kali isu itu dibangkitkan.
"Wei....sorrylah..aku
tahu aku salah,and sebab tulah aku belanja makan minum kau dari minggu lalu
kan?" Fitri mengecilkan matanya. Hamboi! Ingat perbelanjaan mingguannya
mampu membalas dosa yang Ayie lakukan malam tu ke? Nasib baik,tiada perkara
buruk yang berlaku,macam mana kalau sebaliknya?siapa yang nak bertanggungjawab.
"Ish
kau ni,aku memain jelah...taklah aku just teringat dengan ayat jejaka mafia
tu..." Fitri malas mahu memanjangkan isu itu,lalu segera dia menyuarakan
isi hatinya.
"Ouh
tuan tu...apa ayat dia?"
"Hish
kau ni! Tak tahu ke..pura-pura tak tahu!aku dah cerita dengan kau dari awal
sampai ke detail yang paling akhir tau..."
"Woi
Riri! Dialog dia kan banyak..manalah aku nak tahu yang mana satu." Ayie
memasangkan wajah malasnya. Fitri menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ada juga
logiknya.
"alaa
yang part...dia suruh aku ingat muka dia sebagai balasan tu.." Fitri yang
juga malas mahu menceritakan semula situasi tersebut,berkata dalam nada penat.
"ouh!
Yang tuuu...haah kan,kenapa dia suruh kau ingat kat dia..aku risau ah,"
Fitri yang tadinya tenang lantas cuak.
"Risau
sebab?kau jangan buat aku takut."katanya penuh bimbang.
"Macam
mana kalau dia betul-betul mafia?and kau bayangkan eh, dia suruh kau tatap muka
dia malam tu...bukan sebab dia nak kau ingat dekat dia,tapi sebab dia nak scan
muka kau!" nada suara Ayie yang semakin meninggi itu membuatkan satu
tamparan lembut singgah dipipinya. Fitri membuat muka. Novel mana pula yang
budak betuah ni baca sehinggakan dia pakar mahu mencipta plot cerita yang
sangat tidak masuk akal.
"betul
lah..cerita mafia yang aku baca psycho tau..dia scan muka kau,sebab nak jadikan
kau calon untuk sugar baby dia.." satu hentakan di kepala,Fitri hadiahkan
kepada sahabatnya itu kali ni. Sugar baby pula...serius,dia baca novel apa
agaknya.
"Kau
ni gilaka? Apasal dia nak jadikan aku sugar baby?am I that pretty,and lagipun
sugar baby ni..diaorang sendiri yang datang offerkan diri tau! Kau
gilakah?"
"Ish..tahu-tahu..tapi,kau
bayangkan eh,kalau aku jadi dia...aku at first nak dapatkan sugar baby,tapi
mahal..and so far tiada yang datang jumpa aku..tiba-tiba! Kau muncul malam
tu..TANPA BAYARAN!TANPA PERMINTAAN YANG MACAM-MACAM!dengan MUDAH!Kau hanya
perlu balas budi dia je..iaitu jadi SUGAR BABY!" Fitri menelan air liurnya
taktala Ayie disebelahnya itu memasangkan wajah yang sumpah! Seram. Mendengar
cerita budak bertuah itu membuatkan dia sedikit takut.
"Ada
logik juga kat situ.."suara Fitri semakin menggigil. Tak guna! Punya TUAN!
Ayie disebelah Fitri senyum curiga dan bangga kerana dapat menyimpulkan cerita
sahabat baiknya itu.
"Habis
tuh..apa yang aku kena buat sekarang ni! Tolong aku Yie!" Ayie lantas
bangun dan menyilangkan kedua-dua tangannya.
"Aku
ada idea..."katanya sambil tersenyum sinis.
***********
Pen mahal
ditangannya dia putar pelahan. Dia tekun menikmati putaran pen tersebut lalu
pelahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Dunianya pada waktu itu kelihatan
terlalu indah dan menyenangkan. Wajah gadis yang sedari tadi bermain-main di
benak fikirannya tidak henti membuatnya tersengih sendiri. Wajah kacaknya yang
sentiasa dingin itu kini berubah menjadi wajah manis seorang putera idaman
wanita.
"Tuan?"
setiausahanya menegur dalam nada berhati-hati. Tiada jawapan. Sekali lagi dia
cuba menyeru.tapi,tingkah Tengku Raja Ilyas itu masih tidak berubah. Dia masih
tersenyum manis mengenangkan kejadiannya bersama gadis muda yang dia minati
sedari dulu itu. Puteri Fitriyani.
"Kita
tamatkan meeting kat sini...aku ada urusan penting,apa-apa perkara yang
perlukan my approval list it down and put it on my table. Okay?" katanya
penuh karisma sebelum keluar dari ruangan mesyuarat syarikatnya itu.
"Tuan..."
setiausahanya Encik Aiman cuba mengejar tapi langkahnya terhenti. Satu keluhan
dia lepaskan.
"Give
me all the detail this evening...you guys boleh balik ke department
masing-masing sekarang.."kata Encik Aiman kearah para pekerja yang masih
berada disitu sebelum dia juga keluar dari ruangan itu bersama-sama buku
notanya.
Para
pekerja didalam ruangan mesyuarat tersebut, saling berpandangan sesama mereka
dek kerana bingung dengan tingkah pelik bos mereka..
***********
Tengku
Raja Ilyas atau lebih sering dipanggil Tuan King itu memecut laju kereta sport
miliknya terus ke kawasan yang jauh dari syarikatnya. Dia terus sahaja memecut
sambil tersenyum sehinggalah keretanya membawa dia ke salah satu university
yang berada di kawasan luar Bandar. Dia tidak masuk ke dalam tetapi hanya
memarkirkan keretanya di kawasan parkir yang berada tidak jauh dari university
itu. Tidak terlalu jauh agar mudah untuknya memerhatikan Fitri yang sedang
tekun melakukan aktiviti berjualan di luar kawasan universitinya. Dia memerhati
lagak Fitri yang baginya cukup untuk membuatkannya tersenyum manis seperti
orang gila.
"I
think I'm already in the 4th stage of madness...love madness.." kata
Tuan King sambil dia tersenyum melihat kearah Fitri yang terlalu kusyuk dengan
aktiviti jual belinya itu. Setiap senyuman yang dia tunjukkan membuatkan Tuan
King turut tersenyum. Taktala wajah comel Fitri itu ketawa,dia juga ikut ketawa
sama. Dia terlalu focus sehinggalah dia terpandang wajahnya didalam cermin sisi
keretanya. Senyumannya lantas hilang.
"Apasal
aku senyum macam beruk ni...tak boleh jadi ni,aku kena balik
sekarang.."Tuan King berbicara sendiri sebelum enjin keretanya dia
hidupkan lalu dia keluar dari tempat letak kereta dan memecut laju dari situ.
'That's
it for today King...I hope hari ni pun dia akan sentiasa tersenyum
bahagia sehingga hari esok dan hari seterusnya..take care my Queen..'
*************
"Assalammualaikum..."
sapaan itu membuatkan Fitri dan sahabatnya Ayie menoleh. Ditengah-tengah panas
terik itu siapa pula yang memberi salam..
"Yah?"
"Ada
sesiapa kat sini bernama Fitri tak?" Fitri lantas mengangkat tangannya.
"Saya?ya..ada
apa?" Tanya Fitri hairan. Apa tidaknya tak pernah-pernah pekerja Pizza hut
datang kearahnya bersama kotak pizza yang banyak. Setahunya dia tidak pernah
memesan pizza –pizza tersebut.
"Ni...untuk
cik Fitri...ada orang sedekahkan suruh bahagi dengan kawan-kawan..."
"Huh?saya?tapi
saya takde pesan..lagipun saya mana ada duit nak pesan sebanyak ni.."
Fitri yang sememangnya tengah lapar tika itu memfokuskan matanya kearah kotak
pizza di tangan adik pekerja pizza tersebut.
"Tahu..tapi
macam saya cakap tadi,ni orang yang sedekahkan kak...nah.."
"Tap..."
"Haa..seriuslah
ada orang yang sedekahkan kitaorang?waa thank you..." tanpa rasa segan dan
silu,Ayie terus mengambil dua bungkusan pizza tersebut.
"OMG
semua saiz laargee...korang meh sini makannn.." sempat lagi Ayie menjemput
beberapa lagi pelajar disitu.
"Woi
ayie..apa kau buat ni?" Tangan Ayie,Fitri cubit pelahan cuba mengingatkan
gadis itu reality sebenar kehidupan.
"Ish
apa kau ni..dah terang-terang ada orang yang dah sedekahkan untuk kita,ambil
jelah..takkan kau nak buang.."
"Taklah,I
mean,don't you think we need to investigate dulu siapa yang bagi ni..jangan
main makan je macam ni...nanti ada orang letak racun macam mana."
Kesemua pelajar yang sudahpun mula memakan pizza itu terhenti.
"Woi...kau
boleh tak,jangan nak buruk sangka sangat..orang dah bagi ikhlas kan kita makan
jelah...jangan sebab pemikiran negative kau tu,kau batalkan pahala sedekah
orang hari ini untuk kita..lagipun,kau lapar kan sekarang?haa ambik ni..aloha
pizza your favourite.." Fitri terkedu. Ada juga logiknya apa yang
sahabatnya katakan itu. Baiklah. Dia akur.
"Makan
jelah kak..lagipun orang yang sedekah ni,baik orangnya...kalau dia nak racun ke
nak bunuh ke,apasal dia nak bunuh ramai-ramai macam ni...jangan risau,takkan
ada masalah punya..okey?jemput makan semua..."
Tambah
lega hati Fitri. Baiklah,lebih baik dia makan. Orang memberi kita merasa. Simple.
************
"Tuan...Tuan
dari mana..lama saya cari Tuan tau.." Tuan King masih lagi tersengih
memandang kearah tingkap cermin disebelah kanannya.
"Tuan?"
"Aiman...kau
nak tahu tak hari ni...hari yang paling manis dalam hidup aku.." Tuan King
berkata selamba sambil tersenyum. Nada rendah suaranya itu mampu membuatkan
sesiapa sahaja cair. Aiman tersenyum.
"Tuan
pergi jumpa bakal permaisuri Tuan ke?" Tanya Aiman sambil tersenyum. Tuan
King tidak menjawab apa-apa,namun dia hanya tersenyum sebagai jawapan kepada
persoalan Aiman itu.
"Tepat
pada masanya,hari ni saya ada maklumat penting berkenaan permaisuri
tuan.." pandangan Tuan King terus beralih kearah Aiman dengan pandangan
berharap.
"Untuk
pengetahuan Tuan,semester depan adalah semester terakhir untuk Putri Fitryani
di universitinya..dan dia sudahpun mendapat pekerjaan sewaktu intern hari
tu..di salah satu syarikat penerbitan buku di pusat Bandar.."
"You
sure?" Aiman menganggukkan kepalanya penuh yakin. Tuan King ketawa.
Senyuman manisnya sampai ke telinga. Dia bangun dari kerusinya lalu pergi
kearah Encik Aiman dan memeluknya. Wajah dinginnya sudah tidak lagi dia
pasangkan saat itu.
"Tahniah
Tuan...akhirnya apa yang Tuan impikan akan menjadi kenyataan dalam masa
beberapa bulan sahaja lagi..." Encik Aiman yang juga merasa gembira lantas
menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Tuan King lalu disambut laju
oleh Tuan King dengan penuh gembira.
"Terima
kasih Aiman untuk semuanya.."
"Don't
mention it Tuan,it all my responsibility.."
**************
"Huh...apa
ni," Ayie memungut sebuah kotak yang berada diatas meja sahabatnya itu.
Dia memandang sekilas kearah Fitri yang masih tidur. Rasa tertanya-tanya yang
memenuhi hati Ayie membuatkan dia membuka kotak kecil milik Fitri itu.
"ARGHHHHHHHHH"
Ayie teriak sekuat hatinya selepas sahaja membuka dan melihat isi kotak kecil
itu. Fitri yang panic mendengar teriakan Ayie itu lantas teriak sama.
"KENAPA!KENAPA...."
"CIN...CIN...CINCIN....!"
"TOLONG
ADA CINCIN TOLONG!!Ada cin..cin..." suara meminta tolong Fitri yang
tadinya kuat semakin pelahan taktala dia mula berfikiran waras kembali...
"Woi!
Habis tu..kenapa dengan cincin! Kau kenapa ni..." Fitri makin panas.
Sudahlah tadi tidurnya bermimpikan seorang raja datang melamarnya,tiba-tiba
jeritaan Ayie memusnahkan segala-galanya dan membuatkannya mengetuk kepala
sahabatnya itu penuh geram.
"Nihhh...ada
orang letak kotak cincin atas meja kau...aku terkejutlah sebab aku tahu jenama
cincin ni jenama mahal...dari jauh dah berkilau-kilauan..sah ori! Tu yang aku
teriak...like how come gadis miskin macam kau tiba-tiba ada cincin mahal macam
ni dekat atas meja." Sempat lagi Ayie menghina sahabatnya itu.
"Cincin?apa
kau cakap ni..." Ayie terus sahaja memberikan cincin berlian itu kepada
Fitri dan tanpa dipinta terbeliak mata gadis itu..
"Wuish
ni kan...cincin..."mulut Fitri ditutup rapat oleh Ayie.
"kau
ikut aku..." sambil mulutnya ditutup,Ayie membawa Fitri ke satu tempat.
Tandas.
"Kau
apasa...."
"kau
diam jap...sekarang ni kau Tarik nafas...hembus...dah?" Fitri yang sedari
tadi akur menganguk hairan. Jujurnya dia masih mamai dan sukar untuknya
memahami apa-apa tika itu.
"Kau
kesempitan duit eh?"Tanya Ayie membuatkan Fitri mengetuk kepala sahabatnya
itu.
"Apa?kau
fikir aku curike?wey, aku tak tahu pun cincin ni,cincin siapa dan macam mana
dia boleh ada dekat atas meja aku...sekarang ni kau nak tuduh aku curi
pula..gilakah?"
"betul
juga...kau tak sejahat itu. Habis tu..macam mana benda berharga ni boleh ada
atas meja kau..?" Ayie bertanya penuh suspen.
"Tu
yang aku pelik..aku ingat tadi nak tidur kejap sebelum kelas..and then suddenly
aku mimpi ada tuan Putera yang sangat kacak datang meminang aku..dengan wajah
manis dan kacak tu dia lamar aku depan family aku...tapi,tiba-tiba aku dengar
jeritan..." wajah Fitri lantas berubah..taktala perkataan 'tapi' itu dia
sebutkan..
"Jeritan?hmmm
pelik...boleh kau bagi lagi detail tak jeritan macam mana?perempuankah..lelaki
ke...anything?" Fitri memasangkan wajah menyampah. Budak Ayie ni
betul-betul tak tahu ke,atau pura-pura tak tahu..
"kau
rasa?" Tanya Fitri sambil menjegilkan matanya kearah Ayie membuatkan gadis
itu tersengih malu. Baru sedar kesilapan sendiri agaknya.
Fitri
lantas keluar dari tandas dan menuju ke mejanya bersama-sama Ayie.
"Fitri...kau
duduk sini ke?" Fitri menoleh lalu dia mengangguk. Salah satu rakan
sekelasnya memberikan sekeping nota kecil kepadanya.
"nah..tadi
jatuh dari meja kau..aku tolong ambilkan.." kata rakan sekelasnya itu lalu
dia meninggalkan kawasan meja mereka dan kembali ke tempat duduknya.
"apa
tu.."Tanya Ayie memandangkan sahabatnya itu membatu membaca nota tersebut.
Fitri memberikan kepada Ayie sambil keadaannya masih kaku.
"Will
you be my princess? To: Puteri Fitriyana..uishh...ni memang untuk kau ah!
Weii..cincin ni..." kini Fitri pula yang menekup mulut Ayie dan membawanya
ke tandas.
*********
"Tuan?Tuan
tak rasa ka lamaran tuan tu agak cliché?" Aiman mengerutkan dahinya sambil
matanya mengikuti tubuh Tuan King yang sedari tadi mundar mandir ke kanan dan
ke kiri,membuatkan Aiman ikut pening.
"Eh
taklah...apasal pulak?" Tanya Tuan King ikut nervous.
"Haahlah..Tuan
ni tak pernah tengok drama eh? Kalau Tuan nak tahu dalam drama babak
ni,sangat-sangat famous..tu yang ramai duk ikut tu.."
"Hisshh
tak bole jadi ni Aiman..kita kena buat event lain...You know I don't like
something yang biasa-biasa right?" Tuan King mulai resah. Ikutkan hatinya
dia mahu semua perkara yang berkaitan dengan Fitri berakhir dengan sempurna
tapi hampeh.
"So
apa yang kita nak buat sekarang Tuan?"Tanya Aiman penuh serius.
"Apasal
kau tanya aku...Isnt it your job to gather those information?"
"Tahu..but,cik
Fitri balik kampong esok sebab semester dah nak habis kan...lagipun cuti 3
bulan dah nak mula..bila tuan nak buat that so called event tu.."
"APA?!"
membulat mata Tuan King mendengar informasi daripada setiausahanya. Aduh,tak
boleh jadi ni!musnahlah plannya nanti.
**********
"Wei,besok
kita balik kampong kan?" Fitri mengangguk sebaik sahaja soalan itu keluar
dari mulut Ayie.
"habis
tu...cincin ni macam mana?" soalan itu membuatkan dahi Fitri berkerut.
Bila dia fikirkan balik benar juga apa yang sahabatnya katakana itu..apa yang
perlu dia lakukan dengan cincin misteri yang dia temukan hari ini. Dia
mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Kalau
ikutkan hati aku..aku nak buang je cincin ni..tapi bila kau cakap cincin ni
asal dari jenama yang mahal..aku terus rasa nak gadai heheheh..." Fitri
senyum sinis sebelum dihujung ayatnya dia lengkapkan dengan ketawa jahat. Ayie
pula hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil tangannya menolak kepala Fitri
dari belakang. Kedua-dua mereka tertawa dengan tingkah Ayie.
"Wei
petang ni kita pegi mall nak?aku ada barang nak beli lah..." Tanya Fitri
selepas selesai ketawa.
"Aku
onz...jam berapa?" satu pukulan singgah dibelakang kepala Ayie.
"Kan
aku dah cakap,petang..."Fitri terus berlari meninggalkan Ayie yang masih
terpinga-pinga dengan pukulan darinya. Ayie yang masih bingung lantas memecut
laju mengejar Fitri.
************
"Aku
nak kau check bila tarikh penerbangan dan waktu penerbangan puteri aku tu
sekarang..."arah Tuan King sambil langkahnya laju berjalan mengelilingi
pusat beli belahnya itu,memandangkan hari itu dia mahu membuat pemeriksaan
menyeluruh sebelum dia pergi melamar Fitri pada esok hari.
"Tuan..."
"Dan
kalau boleh aku nak kau tempahkan hotel berdekatan dengan kampung Fit.."
"Tuan!Tuan
lupakah..besok uncle Tuan nak jumpa Tuan...so basically,schedule Tuan esok
sangat-sangat pack...Tuan takkan ada masa yang cukup untuk jumpa dengan Fitri.."
langkah Tuan King terhenti. Dia lupa. Dia lupa bahawasanya besok merupakan hari
yang sangat penting untuknya. Aduh,batal semua rancangan lamaran yang dia
idam-idamkan.
"Ouh
right...so how ah...how can proceed this propose.."
"Tuan,tuan
tak perlu gelojoh...kita kena buat sesuatu ni kena step by step barulah menjadi
orang bilang. Bak kata orang tua-tua..tak lari gunung dikejar Tuan...kalau
jodoh tak kemana" Tuan King berfikir sejenak sebelum badannya terlanggar
seseorang,bukan kerana dia yang leka tetapi kerana si pelaku yang terlalu
kusyuk berjalan sehingga terlupa mana depan mana belakang. Dek kerana rasa
terkejut,Tuan King menoleh ke belakang segera lalu dia terdiam melihat gerangan
yang melanggarnya tadi.
"Tuan King tu kan..." mulut setiausahanya dia tekup laju sambil gadis dihadapannya itu tidak henti memohon maaf dengannya.
Comments
Post a Comment