Hari Hujan


 Hari Hujan semestinya hari kegemaran dia dan aku. Siapa pula dia? AHAHHA.. angan2 mungkin. Tapi, sekiranya si bakal 'dia' juga gemarkan hujan. Aku lagi suka hehe..


Hari pertama i am back into the job seeker status again. Berhenti kerja berharap mendapat pekerjaan yang lebih baik. Di dunia moden ini? yang manusianya berlari-lari mengisi permohonan kosong? nonsense, ehhh.. doakan shj dulu. Mana tahu termakbul.


Kenapa berhenti? simple sudah tidak diperlukan. Kononnya. Kadang manusia itu terlalu memberi dan lupa bagaimana cara untuk menerima. Akulah salah satu daripada manusia itu. Tapi, peduli apa? pada awalnya aku juga berfikiran seperti itu tapi lihat diriku kini. Dipergunakan. Prestasiku buruk disebabkan ada insan yang terlalu sibuk untuk mengetahui apa keadaan kerjaku. Buzy seolah-olah aku terlalu free. Aku benci mereka jujurnya. 


Inginku teriak menyatakan rasa amarah, tapi, aku siapa bukan? akhirnya kita hanya boleh mengambil inisiatif untuk berhenti dan menerima yang kita bukanlah serpihan puzzle untuk lukisan mereka. 


Jujurnya aku takut. Apa agaknya yang bakal berlaku di masa hadapan. Benarkah aku bakal menemui pekerjaan yang lebih baik? Ataupun.. (jujurnya aku tidak mahu menyebutkan kemungkinan buruk itu) tapi.. di satu sisi HambaMu ini takut Ya Allah. 


Menjadi tanggungjawab untuk aku yang sudah berakal dan mampu bekerja ini untuk memberi sumbangan kepada ahli keluarga sendiri. Tapi, lihatlah aku masih berfikir bagaimana sekiranya aku menamatkan sahaja hidup ini. Bagaimana sekiranya aku, bertemu mereka yang juga sudah di sana di alam sana. Sekali lagi aku ketawa dengan pemikiran setan yang tidak henti meracuni pola pikir seorang yang rendah iman seperti aku. 


Semoga hari ini dan hari seterusnya akan berakhir dengan baik dan aku akhirnya mampu untuk bertahan untuk bernafas lagi di hari esok dan esok. Semoga aku juga mampu untuk begini menulis ceritera hidupku seolah-olah ada yang peduli. Menarik. Mungkin itulah charmingnya sebuah blog. Kita bebas mengungkapkan rasa tanpa perlu bimbang siapa yang membacanya. Huh, lagi2 di zaman moden ini...  merasa selamat pula rasanya ingin menyampaikan semua rasa disini. 



Sampai disini dahulu

-Pendosa yang masih mencari pintu taubat

16 Mei 2024


Comments

Popular posts from this blog

SLOWLY RECOVERING

BAB 2(MASTER KING)