BAB 1(MASTER KING).

Waktu  itu terasa dingin dan bayu subuh mulai meniup seluruh tubuhnya taktala tingkap biliknya dia buka. Langit yang seperti ingin merubah warna itu dia tatap lama. Tubuhnya sedikit menggigil taktala angin subuh semakin menyapa ruangan bilik tidurnya. Dia senyum menutup mata,mahu menikmati pemandangan subuh pada waktu itu. Bukan selalu,bukan selalu dia dapat tersenyum sebegitu lama dihari-harinya. Dia menikmati waktu sendirinya itu seboleh mungkin,kerna dia tahu waktu beberapa jam itu sahaja yang mampu menenangkannya pada hari itu.

 

Bunyi jam penggera menghentikan saat tenangnya. Dia cuba mengabaikan bunyi tersebut tapi gagal. Semakin lama,semakin bunyi itu mengganas memaksanya untuk membuka mata dan sedar daripada ketenangan subuh. Mukanya berubah ekspresi,sebelum matanya dia buka dan segera dicapainya jam loceng tadi dan lantas dimatikan olehnya. Tapi,entah kenapa langkahnya untuk menggapai jamnya tadi semakin sukar. Pandangannya juga berubah kabur. Dia mencari-cari dalam gelapnya mimpi sebelum matanya dia buka malas lalu dia capai jam tersebut dan segera dia matikan. Kononnya dia ingin tidur semula,tapi jeritan kejam si sahabat sejati dari arah luar biliknya membuatnya geram dalam tidur.

 

'ah! Malasnya nak bangun....apasal aku janji nak jalan hari ini..' getusnya dalam hati,sebelum tubuhnya dia paksa bangun dari tempat tidurnya dan pergi menuju kearah tandas untuk mandi. 

 

"Alhamdulillah..bangun Fitri..selamat menghadapi hari malas sedunia...goodmorning Sundayyy....yaw" katanya sebelum dia menyumbatkan dirinya kedalam tandas bilik asrama milik kolejnya itu.

 

Satu susuk tubuh yang kelihatan ceria dari arah luar bilik Fitri melompat gembira taktala melihat sesuatu dari telefon pintarnya.

 

"woahouuu" jeritnya teruja.

 

"kau apahal ni?gila?" tegur Fitri yang baru sahaja keluar dari tandas. Rakan baiknya itu segera mendekatinya,lalu dia tunjukkan berita menarik dari skrin telefonnya lalu kedua-dua mereka berpandangan sebelum..

 

"ouh yeah..ou yeahh...ou yeahh...tiket wayang free untuk student..ou yeah.." Fitri menari penuh teruja.

 

"Riri..apa kata macam ni..aku actually ada assignment meeting nak kena settle dalam jam 8 nanti..apa kata kita tak jadi jogging tapi jumpa kat shopping mall dalam jam 2 petang nanti..." tanya sahabat baiknya itu dengan pandangan berkaca. Fitri buat muka. Sia-sia sahaja dia bangun seawall 6 pagi lepas terlelap subuh tadi. Niatnya mahu jogging terkubur. Dasar kawan bertuah!

 

"hish kau ni Ayie...kau bersyukur tau aku tak tampar muka kau waktu kau kejutkan aku tadi...sekarang apa citer kau ni..janji jalan pukul 10,sekarang tiba-tiba ada meetingla apalah...kau ni dasar munafik..." Puteri Fitriyani mulai berpura-pura marah. Sahabatnya Ain Alina itu terus segera mendekatinya.

 

"alaaa..kali ni je,eh eh kau bab menghina aku nombor satu eh,okeylah aku kejutkan kau awal..kau tu pun bukannya boleh percaya sangat,janji pukul 2,datang pukul 3 apooo..." Fitri tersengih. Sedar agaknya salah sendiri. Berani serang orang,agaknya dia terlalu sempurna untuk menghina sahabat dunia akhiratnya itu. Ish ish...tak baik..tak baik..

 

"hehe,haa okeylah..okeylah...tapi ingat jangan lambat tau,aku ni dah mula tunjuk disiplin awal aku tau..jadi tolong eh,tepati masa sikit..." Fitri berlagak ratu dihadapan Ain Alina,sahabatnya yang lebih gemar digelar Ayie itu. Ayie membuat muka jengkel sebelum langkahnya dia percepat keluar dari rumah kediaman Fitri.

 

"Huh,memandangkan hari ni hari jimat duit...aku kenalah bersiap elok-elok..muahaha" hilang sahaja kelibat Ayie,Fitri ketawa puas sambil menari-nari kearah biliknya.

 

********

 

Panggilan yang sedari tadi berbunyi itu diangkat segera oleh jejaka berkot kemas di bilik pejabat gelap itu. Kawasan bilik pejabat yang tidak ubah seperti tema 'hallowen' itu cukup membuatkan sesiapa sahaja naik seram apabila memasukinya. Tema dark disetiap dinding dan perabot bilik tersebut menambahkan lagi rasa gerun para pekerja yang berada disitu. s

 

"Hello?yes Mr. Razak..how are you?ouh...sihat...so hows your business? No,nothing...it just Im curious...when you gonna come to my office to settle down your payment...

 

.....next month?hmmm...I see...okay no problem sir,I just hope..you still alive till that day comes..." hentakan gangang telefon itu mengejutkan beberapa staff yang duduk diruangan tetamu bilik pejabatnya. Si penjawab panggilan menoleh kearah staff tersebut yang sudahpun gerun di hadapannya kini. Wajah kacaknya berubah dingin serta merta. Dia berjalan pelahan kearah staffnya sambil sepucuk pistol ditangannya dia ayun-ayunkan ke udara beberapa kali. Senyap. Tiada sebarang suara pun yang kedengaran diruangan itu. Dia melabuhkan pungungnya di tempat duduk tengah sambil tersenyum sinis,menambahkan lagi rasa takut dalam diri pekerja-pekerjanya. Matanya yang tadi menunduk,dia naikkan seperti menjegil kearah mereka. Tingkahnya tidak ubah seperti seekor singa yang memilih waktu untuk menerkam mangsa.

 

"so...who's the one yang responsible in the case of Mr. Razak ni..."tanyanya dingin. Tangan salah satu pekerja disitu menggigil parah. Serta merta pandangan bos singa itu teralih kearah pekerja tersebut. Sekali lagi,tiada bunyi di ruangan itu. Suhu bilik pejabat itu pula entah kenapa semakin rendah membuatkan kesemua mereka yang berada di situ seperti sedang menghadapi malaikat maut sebelum ke alam yang lagi satu.

 

"Sa...Sa...saya...."

 

"ANSWER ME!" Gertakan itu membuatkan para staff disitu terkejut serentak. Bahu mereka menggigil.

 

"Saya tuan..." dia lantas menoleh kearah pekerjanya yang mengangkat tangan itu. Pandangan matanya berubah.

 

"Selain dia..yang lain keluar.." katanya dingin lalu segera kesemua staff kecuali yang dia arahkan kekal itu keluar meninggalkan ruangan menakutkan tersebut.

 

Keluar sahaja kesemua staff dari ruangan pejabat itu satu bunyi mengejutkan mereka. Bunyi  tembakan. Lantas mereka yang sememangnya tahu apa yang terjadi beredar dari situ seperti tiada apa-apa yang berlaku.

 

**********

 

'Jam 3.08 minit dah ni...mana Ayie ni..aku dahlah lapar..movie start pukul 7 malam...hish dia ni...' Fitri mulai membuat muka menyampahnya dihadapan shopping mall tempat dia dan Ayie janjikan untuk jumpa.

 

Dia sekali lagi mencapai telefonnya,mendail nombor Ayie. Panggilan diangkat segera.

 

"hello beruk..kau kat mana eh..."

 

"Ish Ish kau ni...kalau ye pun bagilah salam..."

 

"kau rasa aku ada mood nak bergurau ke sekarang ni...dah berjam-jam aku tunggu kat depan mall ni tau ! satu khabar otw pun aku belum tahu..kau kat mana?"

 

"ish jap ah...aku dengan member aku kena jumpa prof ni,tiba-tiba kena present depan prof pula hari ni...takpe macam ni..kau shopping dulu ah kat dalam tu..kalau movie dah nak start aku masih tak datang ...errr,kau masuk dulu jelah okey..k bai-bai..."

 

"Wei! Kau gilakah?hello?Ayie? woiiii! Tak guna punya bestfriend...berani dia buat aku macam ni...tahulah aku single! Tapi aku tak layak diperlakukan sebegini! Huh!dia pun single..." jerit Fitri taktala panggilan telefon ditamatkan oleh Ayie. Sakit pula hatinya bila gadis bujang sepertinya itu berlagak buzy dengannya. Macamlah Fitri tak buzy! Dia pun buzy okey! Agaknya.

 

Tanpa membuang masa ,gadis itu segera memasuki pusat beli belah itu untuk mencari mana-mana restoran untuk dia menghilangkan rasa laparnya dan seperti biasa,dia memilih restoran KFC,restoran yang bolehlah dikatakan murah tapi rasanya teramatlah mahal,bak kata Fitri. Dia menghentak-hentak kakinya sebelum tubuh kecilnya itu terlanggar salah satu jejaka bertubuh tinggi yang melintasinya.

 

"eh sorry-sorry...saya tak sengaja..." jejaka itu hanya mengabaikan Fitri selepas sekilas memandang wajahnya lalu ditinggalkannya Fitri yang masih sibuk memohon maaf itu. Fitri yang juga malas mahu membahas hal tersebut ,segera menuju ke restoran KFC kegemarannya dan berbaris bersama-sama pelanggan yang lain.

 

"aku dahlah lapar.."katanya ingin menangis.

 

Taktala dia sudahpun memasuki restoran tersebut,langkah kaki jejaka itu terhenti. Seperti memori lama muncul kembali,dia mulai tersenyum manis. Setiausaha lelaki disebelahnya mulai bingung melihat tingkah bosnya.

 

"Tuan?Is everything's okay?" tanya setiausaha lelaki tersebut.

 

"I'm hungry."

 

"Ouh okay,I will asked Ann to set the table for you at the hotel..."

 

"No,I want to eat there..." setiausaha lelaki tersebut terkejut taktala jejaka yang kelihatan seperti bosnya itu merujuk kearah Restoran KFC yang baru sahaja dimasuki oleh Fitri tadi.

 

"Sir? You sure?" tanya setiausaha tersebut sebelum menjawab panggilan ditelefonnya yang berbunyi tika itu.

 

"Yes I'm...so sure..." jejaka itu masih lagi merenung kearah Fitri yang tekun berbaris sambil bingung memikirkan menu yang ingin dia makan tika itu.

 

"But Sir,in a few minute ,we have to meet your Uncle..." pandangan jejaka itu lantas berubah. Dia yang tadinya tersenyum berubah serius.

 

"Ouh yah,let's go then..."mereka segera beredar dari situ,namun sempat jejaka itu menoleh kearah Fitri..

 

"Maybe next time dear..."katanya dalam nada yang rendah lalu meninggalkan Fitri yang terpinga-pinga mengangkat dulang makanannya.

 

**********

 

Sekali lagi Fitri menoleh kearah telefonnya. Masih tiada balasan daripada sahabatnya itu. 

 

'kau ingat tau,kau jangan balik selagi aku belum sampai situ...we will watch the movie together-gether okay?'ayat Ayie itu membuatkan Fitri mulai bimbang,movie yang tengah main dihadapannya itu semakin lama semakin sampai ke penghujungnya,namun kelibat Ayie masih lagi tidak kelihatan. Rasa marahnya semakin membuak-buak. Dia sudahlah takut balik malam sendiri. Aplikasi grab juga tidak terinstall di telefonnya disebabkan beberapa kesulitan yang dia juga tidak pasti. 

 

"macam mana aku nak balik ni..." Fitri mulai takut. Dia mengerling jam di paparan hadapannya telefon pintarnya. 

 

'pukul 10.17 dah?wuish..macam mana aku nak balik ni....makkk takut...' bisik hati Fitri bimbang. Taktala itu,lampu didalam panggung wayang itu dihidupkan tanda 'movie' yang terpapar di skrin wayang itu sudah tamat. Fitri menuruti langkah penonton yang lain terus ke pusat beli belah itu yang jelas semakin lenggang. Dia terus keluar mengikuti pintu utama. Matanya mengekori beberapa pembeli yang terus balik menaiki grab masing-masing. Dia seperti ingin menangis. Lagi-lagi bila waktu semakin lewat. 

 

"kalau aku dapat balik malam ni...aku akan bunuh kau Ayie..." dia memanggil nombor sahabatnya itu sekali lagi,tapi malangnya Ayie di biliknya sedang enak dibuai mimpi sehingga tidak terangkat panggilan daripada Fitri . Waktu terus berlalu sehinggakan pusat beli belah itu mulai memejamkan satu demi satu lampu didalamnya. Fitri mulai berdoa meminta bantuan daripada tuhan yang maha Esa. Dia terlalu takut tika itu kerna hanya dia sahaja manusia yang berada dihadapan pusat beli belah tersebut. Jelasnya dia risau.

 

"walau apapun...aku kena cari ikhtiar..aku tak boleh lama kat sini yess...tak boleh lama kat sini.." tanpa membuang masa,Fitri segera berjalan menuju ke lorong-lorong yang mungkin boleh membawanya ke pusat transport awam. Ataupun mana-mana kampung kediaman untuk dia meminta pertolongan. Dia terus sahaja berjalan sehinggalah dia terdengar satu bunyi yang menggerunkan.

 

"lepaskan aku! Tolong! Tolong! Aku janji besok aku bayar..." suara itu membuatkan Fitri terasa seperti ingin menangis. Dengar sahaja sudah boleh membuatkan dia membayangkan macam-macam perkara,dan sudah pasti bayangannya itu benar. Ni tak lain tak bukan,along pukul mangsa!

 

Fitri melangkah kebelakang pelahan-lahan. Dia terus melangkah sehingga dia tidak sedar ada tembok besar yang menantinya dari belakang.

 

Fitri terhenti kaku.

 

"Eh adik manis..sendiri je ke?" jujurnya Fitri seperti ingin teriak meminta bantuan tapi rasa takutnya terlalu kuat sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa. Airmatanya keluar pelahan.

 

Dia takut ingin menoleh. Didalam hatinya tidak henti berdoa meminta pertolongan Allah swt. Dia yakin hanya Allah yang boleh membantunya tika itu. 

 

"Ikut saya..." lengan Fitri ditarik kasar oleh lelaki bertubuh besar itu dan dibawah kearah sekumpulan lelaki yang juga memiliki tubuh tagap seperti tembok besar dibelakangnya kini. 

 

"le..le...lepaskan saya.." Fitri bergetar merayu minta dilepaskan. Sesungguhnya dia hanyalah gadis kecil yang tidak berdaya dihadapan binatang buas dihadapannya kini.  Bibirnya terkumat kamit membaca doa meminta Allah swt menghantar seorang insan untuk membantunya,dia serahkan nasibnya pada malam itu kepada Allah swt.

 

'Mak,Ayah,kak long,adik, seandainya Riri takde pada hari esok...tolong maafkan semua dosa-dosa Riri...jangan tangisi Riri eh..Riri mohon ampunkan semu...'

 

"ARGHHHH" Fitri terkejut lelaki dihapannya tadi kini berada diatas tanah. Matanya membulat terkejut. Tangannya ditarik laju oleh seseorang lalu serta merta dia terlepas dari genggaman kasar si jejaka ganas yang bertubuh tagap tadi. 

 

"Hoiii kau siapa hah?!" Fitri yang juga tertanya-tanya ingin menoleh kearah belakang,namun terhenti dek kerana tindakan si penyelamat itu yang lincah membelasah beberapa binatang buas dihadapannya.

 

"dia aku punya.."katanya selepas kembali menggapai Fitri.

 

"kalau macam tuh...kau kena bayar dengan kitaorang..." Fitri terkilan. Ingin dia menjawab,tapi,dek kerana situasi yang penuh menakutkan itu dia hanya mampu mendiamkan diri. Tangannya digenggam erat oleh si penyelamat tersebut.

 

"Nah!" satu beg penuh berisi wang ringgit dilemparkan kearah sekumpulan lelaki buas itu,sehingga mengejutkan kesemua mereka termasuk Fitri. Fitri kagum...tapi,dia masih bingung. Siapakah jejaka penyelamat itu dan kenapa dia sanggup bayar sehingga satu beg hanya untuk Fitri.

 

"Siapa kau!" jejaka tersebut segera menundukkan kepala Fitri lalu menyuluh wajahnya agar memudahkan sekumpulan gangster itu mengenalinya,dan seperti raja kesemua mereka lantas tunduk.

 

Melihat keadaan itu jejaka tersebut segera membawa Fitri beredar dari situ dan mempelawa tubuh kecilnya itu untuk masuk kedalam kereta mewah miliknya. Fitri masih takut dan berkira-kira ingin memasuki kereta jejaka tersebut memandangkan wajahnya masih terlalu asing bagi Fitri. 

 

"I know,you're afraid and traumatized...but believe me,I'm not the same like them...I was choosen by the destiny to be your saviour tonight.." Fitri yang masih takut itu lantas mendongak kearah jejaka tersebut. Mendengar perkataan 'saviour' itu membuatkannya sedikit yakin,lagipula pada waktu dan keadaan pada malam itu,dia tiada pilihan lain kecuali percaya dengan si penyelamatnya pada hari itu. 

 

Keadaan di dalam kenderaan itu teramatlah sunyi. Fitri tiada tenaga untuk berbicara,terasa seperti semua tenaganya digunakan untuk memohon pertolongan kepada Tuhan yang satu. 

 

"Why you so quiet tonight?are you that afraid?" Fitri sepertinya tersentak. 'so quiet tonight?' dia keliru dengan penggunaan ayat jejaka misteri disebelahnya itu.

 

"apa maksud encik dengan tonight?kita pernah jumpakah?"tanyanya dalam nada pelahan memandangkan dia masih merasa takut dengan tragedi pada malam itu.

 

"tak...I just wonder.." Fitri yang masih bingung hanya mampu mengerutkan dahinya,sehinggalah sampai dihadapan pagar bangunan kolej kediamannya. Dia yang sememangnya lemah segera keluar dari kereta tersebut lalu bersyukur ke hadrat Ilahi kerna telah menghantar seorang yang sangat baik kepadanya. Fitri menoleh dan sedikit terkejut taktala jejaka yang menutup separuh daripada wajahnya itu sudahpun berada disebelahnya.

 

"err..thank you so much..saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik tuan..."

 

"simple." Tubuh Fitri dirapatkan kearahnya membuatkan Fitri betul-betul memandang kearah wajahnya yang tertutup lalu pelahan-lahan penutup wajahnya itu dia buka dan serta merta wajah kacaknya terpancar keluar membuatkan Fitri terkesima. Fitri tidak mampu mengungkapkan sebarang kata sehinggalah, suara jujurnya berbunyi dengan sendiri.

 

"waaah...hensemnya tuan..." jejaka itu tersengih sebelum dia dekatkan lagi wajahnya kearah Fitri membuatkan gadis itu tersentak dan mengelak tapi ditahan.

 

"Kau ingat wajah aku betul-betul..kau kena janji dengan aku,yang in the future,kalau wajah ni datang lagi dekat kau dan minta something daripada kau,apapun itu...you have to say yes..."kata jejaka itu penuh berkarisma membuatkan Fitri hampir terjatuh olehnya. Tanpa memikir panjang Fitri mengangguk laju.

 

"yes!of course yes!"katanya laju.

 

"Promise?" 

 

"I promised I will do whatever you want me to do in the future.." kata Fitri lalu genggaman jejaka itu dia lepaskan membuatkan Fitri sedikit sedar dengan reality hari itu.

 

"Good girl.." kata jejaka misteri itu lalu dia segera memasuki perut keretanya dan meninggalkan Fitri yang sepertinya terlalu keliru dengan apa yang jadi. Bingung dengan tindakannya Fitri hanya mampu terdiam dan mengekori langkah jejaka itu yang semakin hilang dari kawasan kolej kediamannya.

 

Comments

Popular posts from this blog

SLOWLY RECOVERING

Hari Hujan

BAB 2(MASTER KING)