BAB 3(MASTER KING)
"Maaf encik...saya serius tak sengaja...saya minta maaf.." Fitri segera memohon maaf taktala badannya tersembam dengan susuk badan orang lain dibelakangnya. Dia sedikit mendongak sebelum matanya tertembung dengan seorang jejaka dewasa yang segak memakai mask. Matanya sedikit familiar buat Fitri. Dia mencari-cari siapa pemilik mata itu tapi gagal,mindanya tidak dapat mengesan dek kerana jejaka tadi meninggalkan dia yang masih terpinga-pinga.
"Woi!kan aku dah cakap becareful! Apa yang
susah sangat kau nak dengar..kau tu kecik! Orang langgar pun orang takkan
perasanlah.."laju saja mulut Ayie memarahi rakan bertuahnya itu.
"Hish kau ni...tak baik..."
"haa sudah,cuba belajar terima teguran aku yang
jelas-jelas benar lagikan tepat ni..dahla,aku lapar ni jom pergi makan kat food
court." Lengan Fitri laju sahaja dirangkul oleh Ayie dan dibawanya gadis
kecil itu menuju ke restoran kegemarannya. Fitri pula masih memandang kearah
langkah jejaka yang baharu sahaja dilanggarnya . Dia sedikit bingung,tapi
mungkin kerna malas untuknya membahas isu itu dia memilih untuk mengabaikannya.
"Haaa sampai pun kita kat kedai Sup Tulang Kak
Ema!jom masuk...kita makan sup daging kegemaran kau jom ahhhhh..."Fitri
yang tadinya termenung lantas tersenyum manis mendengar perkataan sup tulang.
"Tahu-tahu je kau kan,aku tengah craving sup
tulang sekarang niii ahjom!" tanpa membuang masa kedua-dua sahabat sejati
itu segera memasuki restoran kegemaran mereka . Tingkah kedua-duanya tak ubah
seperti manusia zaman neolitik yang baharu sahaja keluar dari gua penginapan
mereka.
Tanpa mereka sedar,tingkah comel mereka tidak pernah
lari daripada pandangan mata seseorang. Lelaki misteri itu terus sahaja masuk
ke dalam restoran ,dan memulakan misinya di kaunter.
"Kak...ni 100 ringgit untuk bayar apa sahaja
yang budak berdua tu order okey...bagitahu mereka,ada baucer student hari
ni...ingat ni rahsia antara hakak dan saya..kalau ada apa-apa paip yang
bocor,jangan salahkan saya kalau nyawa akak..."
"Woi!aku dahlah penat ni...kau ni siapa nak
ugut-ugut aku!nak bayar,bayar jelah..apa yang jahat sangat mulut engko nak
warning cabut nyawa aku haa?meh sini,siapa?budak berdua tu?haa okey!" duit
RM100 itu segera dicapai oleh kakak yang menjaga kaunter pada hari itu. Lelaki
misteri tadi sedikit terkejut dengan respon kakak tersebut yang tidak pernah
disangkal olehnya. Entah kenapa,dia terus mengangguk taktala soalan
bertubi-tubi ditanyakan kepadanya.
"errr kalau macam tu...saya balik dululah eh
kak,terima kasih.."katanya lalu beredar. Wajahnya bertutup habis dan tak
ubah seperti ahli kumpulan gangster tapi tingkahnya yang sedikit cemerkap itu
membuatkan kakak kaunter tadi menggeleng hairan.
"Zaman sekarang budak dah ketagih tengok cerita
Korea sampaikan apa yang hero-hero dalam drama tu buat,diaorang nak buat
juga..tak fahamlah aku!"ucap kakak kaunter itu sambil kepalanya dia
gelengkan berkali-kali.
*******
"Wei..kau ada tengok cerita korea baru tu
ke?" Fitri menggeleng sambil memasukkan suapan daging kedalam mulutnya.
"Kau tahu tak..hero dalam cerita tu
sangat-sangat hensem and.."
"Lately ni ak release stress dekat cerita
Taiwan. Lagi comel kau tahu.."Ayie membuat muka. Sejak bila pula Kdrama
holic didepannya itu mulai meminati cerita cina?
"Eh?" Fitri hanya mengangguk sambil
mengunyah daging lembutnya. Ayie yang tadinya focus dengan topic perbualan
drama terganggu dek kerana susuk tubuh lelaki aneh diruangan pembayaran
restoran. Dia memandang kusyuk kearah kawasan tersebut dan terus sahaja
memerhati tingkah lelaki yang seperti berada dalam lingkungan umur 30-an itu.
Dia mengerutkan dahinya.
"Wei kau kenapa ni?kau kenyang ke?kalau kenyang
bagi aku.." Ayie terus mencubit tangan Fitri yang ingin mengambil ayam
gorengnya. Sudahlah mereka pesan cukup-cukup hari itu,ada hati dia mahu
merampas hak miliknya.
"Takdelah..cuba kau tengok abang tu..semacam
je." Fitri mencebik lalu dia cuba menoleh ke belakang tapi kepalanya
ditahan.
"Hish kau ni kenapa!"
"Takde ah..kau takpayahla nak tengok sampai nak
putar 360 darjah kepala kau tu..jeling sikit dahla..."
"Hey okey ah tu aku putar kepala aku, sopan
lagi daripada jeling dia tahu?" Ayie ketawa ketat lalu ditatapnya
sahabatnya itu dengan pandangan menyampah. Sesekali ada juga dia mengerling
kearah jejaka misteri tadi, dan ternyata sangkaannya tepat,jejaka itu masih
disitu.
"Wei kau apasal tak makan?makan ah..tadi bukan
main kau maki hamun aku just because aku nak ayam kau..sekarang ni nak membazir
pula ka?wuih kau ni.."
"Kau boleh tak stop merepek! Dahla jom
bayar..aku tak selesa ah..nak balik." Fitri membuat muka. Jujurnya dia
masih mahu makan, tapi angin monsun sahabatnya itu entah kenapa bergerak secara
tidak seimbang hari ini. Fitri dengan rasa terpaksa menyusun kemas pinggan dan
gelas kotornya, membuatkan beberapa pekerja melihat ke arahnya.
"Apa masalah diaorang ni?tak pernah nampak
orang..."
"Jom bayar!" Tangan Fitri, Ayie tarik laju
lalu langkah mereka diatur rapi terus ke kaunter pembayaran, dan seperti apa
yang Ayie jangkakan, jejaka itu mengikuti mereka. Dia sedikit gugup tetapi rasa
amarahnya lebih kuat waktu itu. Tindakannya juga dia persiapkan kalau-kalau
jejaka misteri itu cuba untuk menyerangnya dengan Fitri nanti.
"Berapa semua?"
"Err meja berapa yah cik?" Soalan Cik
penjaga kaunter itu membuatkan Ayie menunjukkan jarinya kearah meja tempat
mereka menjamah sedari tadi.
"Ouh..harganya..."
"Kejap!! Rin!!" Ayie menoleh kearah si
jejaka misteri yang berlari kearah mereka, sampai sahaja dia, satu tendangan
dihadiahkan kepadanya. Fitri ternganga. Dia mulai faham, kenapa Ayie seperti
ingin balik awal. Rupanya...
"Aduh...sakit.."
"Eh kau nak apa hah!" Ayie menggertak.
Fitri disebelahnya pula sudah sedia membuka langkah untuk lari.
"Aku just nak bagitahu korang berdua tak perlu
bayar sebab.."
"Huh! Teknik terkini ke encik abang?beginikah
teknik terbaru untuk memikat wanita?murah!" Jejaka misteri itu terasa
tertampar. Adakah patut dia dipanggil murah tanpa penjelasannya di dengar.
"Hoi! Kau mulut jaga sikit eh! Bukan aku yang
dah bayarkan, tapi orang lain..tak perlulah aku nak buang masa nak bayarkan
makanan korang macam aku ni kebulur sangat nak kat kau!"
"Huh, hello?kau fikir aku bodoh agaknya?sedari
tadi aku nampak kau duk termenung tak henti menumpukan perhatian kearah meja
makan kami yang sederhana tu..habis tu apa?"
"Heiy perempuan gila! Aku tenung macam tu sebab
orang yang perintahkan bayarkan korang tuh suruh aku pay attention and stay
focus dekat korang bukannya sebab aku dah jatuh hati dekat any of korang berdua
terutama KAU!" Seloroh jejaka misteri yang bertag nama Awish itu.
"Hah? Siapa yang suruh bayarkan kitaorang
bang.." soalan itu tidak berjawab. Awish hanya mengangkat bahu tanda tidak
tahu dan tidak mahu memanjangkan isu itu. Ayie memandangnya tajam. Dia masih
ragu-ragu. Ceh! Boleh percayakah mamat psycho ni?
"Maaf cik muda, identitinya terpaksa kami
sembunyikan.."
"Wait what? Cik muda??what the..." Ayie
bingung sendiri. Kenapa pula Fitri yang sehari-hari mandi ikut mood itu pula
yang dipertemukan dengan seseorang. Dia bukan cemburu tapi more tu lawak.
"Yah cik muda...maaf menyusahkan cik muda lepas
ni..saya janji saya aka.."
"Jap..first of all this is too creepy, i don't
know why I'm suddenly became cik muda..but can you help me?can you say thank
you to the person yg bayarkan kitaorang tadi..like thank you so much!!"
"Err baik..." mata jejaka misteri itu
semakin mengecil. Sungguh tidak dijangka olehnya reaksi itu yang akan diberikan
oleh cik muda aka Fitri itu. Ayie mencebik.
"Jom Ayie cepat!terima kasih semua..maaf
menyusahkan..." tangan Ayie, Fitri tarik segera. Senyuman dibuat-buat itu
semakin lama semakin berubah menjadi ekpresi bingung taktala langkahnya semakin
jauh dari kedai makan tadi. Dia mulai mempersoalkan segala-galanya tapi dia
buntu. Kenapa dia? Kenapa kedua-dua mereka? Sejak akhir-akhir ini,kejadian aneh
sebegitu sering sekali terjadi kepada mereka. Jujurnya dia juga takut. Takut
sehinggakan dia ingin lari daripada situasi yang menyeramkan tapi pada masa
yang sama memudahkan hidupnya itu.
"Woi! Kejaplah! Aku ada benda nak cakap ni! Kau
apasal ni haa berani sangat !! Fitri! Kau tahu ke siapa yang sponser
kita?" Langkah Fitri terhenti. Susuk tubuh tinggi lampai itu menghalang
langkahnya.
Tinggi itu. Jari jemari yang bersifat kelelakian
dengan penuh urat ditangan si jejaka. Dada bidang itu. Dia seperti teringat
seseorang. Fitri mendongak ingin melihat si pemilik tubuh yang menepati
ciri-ciri idamannya itu.
Matanya membulat. Tatapan jejaka itu membuatnya kaku
dan tidak mampu bergerak. Lututnya terasa lembik dan tubuhnya seakan-akan ingin
rebah ke lantai..
"Kau ingat wajah aku betul-betul..kau kena
janji dengan aku,yang in the future,kalau wajah ni datang lagi dekat kau dan
minta something daripada kau,apapun itu...you have to say yes..."
Suara itu.. suara itu terngiang-ngiang lagi
ditelinganya..
Comments
Post a Comment