BAB 4
"Fitri!" Ayie segera mendapatkan sahabatnya yang rebah beralaskan lantai shopping mall. Tubuh kecil Fitri dia gerak-gerakkan pelahan untuk memastikan gadis itu sedar dan berdiri diatas bumi yang nyata. Fitri pula masih memandang kearah si jejaka tinggi yang membuatnya tidak mampu untuk berbicara itu.
"En..encik?" Jejaka itu duduk mencangkung
sambil mengarahkan wajahnya kearah Fitri yang sudah pucat lesu penuh ketakutan
itu. Senyuman sinis berbonuskan suara gelak kecil itu membuatkan Fitri semakin
yakin. Iya. Itu dia. Encik Mafia yang dia takuti akan muncul suatu hari nanti
didalam hidupnya. Dan hari ini dia muncul. Muncul dengan penuh tanda tanya
diruangan kepala otak Fitri.
"Aww so sweet! You remember me!"
Kedengaran seperti menyindir tapi caranya melontarkan ayat tadi membuatkan
sesiapa sahaja cair. Agak dingin tapi penuh emosi.
"Cik muda...do you remember what you promised
me?" Fitri seperti ingin lari. Kini kesemua bahagian puzzle mulai dipenuhi
satu per satu. Lamaran. Pizza. Dan yang terakhir Cik Muda.
"En..encik. Encik kah yang selama ini.."
tubuh kecil itu dipaksa berdiri oleh Tuan King aka si jejaka misteri. Fitri masih
kaku. Tubuhnya disokong oleh genggaman daripada Ayie yang masih bingung dan
cuba untuk memahami situasi itu.
"You really are smart didn't you Fitri?"
Terasa seperti ingin terjatuh jantung Fitri taktala namanya dipanggil lembut
oleh jejaka yang penuh asing baginya itu. Dia yakin suatu hari nanti, hari
seperti ini akan tiba dan jujurnya dia redha. Tapi dia hanyalah manusia yang
lemah, dan mudah membayangkan macam-macam perkara bodoh seperti dia akan
diperdagangkan,diambil organ dari badannya ataupun lagi teruk dipaksa untuk
mengemis. Fitri mengalirkan airmatanya yang sedari tadi dia tahan. Tuan King
dihadapannya mulai terpinga-pings melihat puteri idamannya itu mengalirkan air
mata ketakutan dihadapannya.
"Aiman!handkerchief! Faster!" Sapu tangan
berwarna hitam itu diberikan segera kepada Fitri.
"Look i came here not to makes anybody crying
or nervous or scared, i just want to ingatkan cik Fitri satu janji yang mungkin
Cik lupa. Tu je."
"Tu je?" Fitri mengerutkan dahinya. Dia
sedikit ragu-ragu dan jujurnya dia masih berdebar. Yalah, boleh jadi jejaka
dihadapannya itu mahu memberikan permintaan yang macam-macam. Habislah dia!
"Yah and hopely you will remember it at least
till we met again. Ciao!" Tuan King beredar meninggalkan 1001 persoalan
dalam kepala kecil Fitri. Dia masih mengerutkan dahinya dan pandangannya masih
fokus kearah Tuan King yang semakin lama semakin jauh dari tempatnya berdiri
statik itu.
"Aku takutlah..." Fitri berkata pelahan
membuatkan Ayie yang sedari tadi menjadi saksi insiden tadi itu turut
memeluknya. Dia jadi serba salah . Jika bukan kerana dirinya yang terlajak,
sudah tentu sahabatnya itu tidak perlu mengalami semua perkara ini.
"Aku minta maaf Ri..." kata Ayie sambil
menunduk.
Fitri menoleh kearahnya lalu dia ketuk kepala sahabatnya
itu pelahan. Ayie yang sedikit terkejut itu memberi pandangan hairan kepada
Fitri. Fitri hanya tertawa lalu ditinggalkan gadis itu bingung sendirian.
"Woiiii..." kedengaran gelak ketawa Fitri
membalas jeritan marah Ayie. Ayie laju berlari seperti kanak-kanak mengejar
langkah sahabatnya itu lalu kedua-dua mereka saling mengusik satu sama lain.
Tingkah mereka berdua tak ubah seperti kanak-kanak umur 5 tahun yang bermain di
taman permainan. Namun, tanpa mereka sedar setiap langkah mereka diperhatikan
oleh seseorang penuh tekun sedari tadi. Insan itu tersenyum manis memandang
kearah Fitri yang sangat naif dan comel itu.
"Tuan?we have to go now.."
"Ouh yah..baik..let's go now.." sempat
lagi Tuan King mencuri pandang sebelum dia mengatur langkahnya untuk pergi
meninggalkan Puterinya itu.
*********
Fitri mengemas pakaian dan keperluan lainnya dengan
penuh malas. Dia sebenarnya bukannya tidak suka mahu balik ke negeri
kelahirannya, dia cuma malas ingin menyiapkan segala jenis perkara sebelum
bergerak, contohnya seperti menempah tiket kapal terbang, mengemas beg pakaian,
membeli ole-ole, dan 'mandi'! Ugh sungguhla dia malas.
"Ri? Kau dah siap ke?" Fitri menoleh
dengan kelopak mata yang menunggu masa sahaja untuk landing. Panggilan Ayie itu
hanya membuatkan dia lebih malas kerna Ayie hanya akan datang situ jika dia
sudah siap dan waktu untuk beredar sudah mahu sampai. Ayie menggelengkan
kepalanya. Apa yang menjadi tatapannya kini sudah lali baginya. Budak betuah!
Kata Ayie dalam diam.
"Laaa kau belum siapka? Kita dah nak naik
flightla..kau boleh cepat sikitkah? Ni mesti belum mandi ni kan.." Ayie
memulakan sesi membebelnya. Bebelan emak-emak.
"Kejap lagi ah,awalnya kau siap? Bukannya
flight pukul 3 petangkah?" Ayie membulatkan matanya. Biar betik budak ni!
"Hoi! Jam 2lah! Kau apasal ni nak gaduh?"
Katanya penuh amarah. Malangnya amarahnya membuatkan Fitri hanya kaku tanpa
bicara disitu.
"Woi!!!"
"Ouh okey-okey..aku dah mandi jap!" Sempat
Ayie menyepak lembut punggung Fitri yang terpinga-pinga itu. Baru pula dia tahu
mahu kalut, ni kalau Ayie tak masuk-masuk ke biliknya mungkin sampai ke waktu
itulah dia tidak akan mandi! Betuah!
Ayie mengalihkan pandangannya kearah bagasi milik
Fitri yang ternganga luas. Dia menggeleng pasrah. Pelahan-lahan langkahnya
menyusun barang-barang milik Fitri itu kedalam bagasinya sambil hatinya memaki
nama sahabatnya itu.
"Haih Fitri, kalau kau kahwin nanti aku tak
tahulah siapa nak kemas bilik suami kau. Aku doakan suami kau CEO! Biar senang,
ada bibik nak kemaskan semuanya, aminn" sempat Ayie mendoakan sahabatnya
itu dek kerana rasa geram dihatinya.
"Hoi! Kau umpat aku ke?" Suara itu
membuatkan dahi Ayie berkerut.
"Kau tak siap mandi lagi?"
"Aku tertinggal syampu..tolong ambilkan dekat..
lahh kau dah masukkan ke?"
"FITRIIIIIIII!!!!!!" Jeritan Ayie memenuhi
ruangan bangunan kolej kediaman Fitri.
******
"Tuan...cik muda gerak hari
ini." Tuan King hanya mengangguk tanda faham. Misinya bermula tepat pada
waktu itu. Dia sedikit teruja dan juga gementar. Takut juga dia jika gadis itu
cuba untuk melaporkan dia kepada pihak polis ataupun mana-mana pihak yang
bertanggungjawab.
Niatnya suci dia cuma mahukan
gadis idamannya itu, walaupun caranya agak unik berbanding yang lain.
"Kita gerak sekarang" arah Tuan King
membuatkan Aiman segera mencapai beg bagasinya dan mulai bergerak menuju ke
parking lot, menuju ke kereta yang digunakan untuk memandu Tuan King ke
lapangan terbang. Masuk sahaja Tuan King di dalam perut kereta Bmw model X1 ,
seorang pemandu sudah berada dibahagian hadapan sedia untuk memulakan
khidmatnya. Aiman masuk juga selepas selesai memuatkan bagasi kedua-dua mereka
dibahagian bonnet kereta.
"Pak Gopal boleh bergerak sekarang." Arah
Aiman lalu Pak Gopal mengangguk dan memulakan sesi pemanasan enjin kereta dan bergerak
ke destinasi utama. Lapangan Terbang.
**********
"Riri? Dah settle dah? Ah
jom gerak.." tangan Ayie ditahan. Fitri memandang kearah sahabatnya itu
dengan pandangan yang sukar untuk digambarkan. Seperti campuran wajah gusar dan
takut. Sungguh complicated! Perasaannya bercampur baur.
"Aku macam taknak balikla Ayie.." Ayie
menepuk dahinya. Sahabatnya itu tak sah jika tidak membuat perangai untuk satu
hari.
"Apasal pula kau ni?kau nak tiker 253 ringgit
tu burn ke?kau dah gila eh..kau jangan nak berlagak anak datuk eh,kita dua ni
anak orang sederhana! So act like one!" marah Ayie. Dia marah kerna sayang
lagipun waktu tidak mengizinkannya untuk melayan sahaja karenah pelbagai
sahabatnya itu. Dia tiada masa untuk itu semua.
"Aku tak..sedap hati.." kata Fitri dalam
nada bergetar. Ayie berubah ekspresi. Wajahnya berubah serius. Dia teringatkan
insiden beberapa bulan lalu, mindanya mulai memberikan tanda faham. Patutlah
susah untuk sahabatnya itu bersiap hari ini. Rupanya, rasa gelisahnya dengan
Encik Questionmark itu memenuhi rasa dadanya. Dia yang merasakan dia adalah
penyebab kesemua kegusaran Fitri itu hanya mampu menunduk.
"Ri, aku tahu aku tak dapat nak tebus balik apa
yang dah jadi malam itu..tapi ak janji, aku akan berusaha sedaya upaya untuk
bantu kau selagi aku mampu sekarang. Aku harap kau tak payalah nak takut, aku
yakin dia cuma nak takutkan kau je tu, tapi tulah apapun kita berdua kena
aware..just incase." Fitri memberi pandangan sayu kepada Ayie. Jujurnya
sedikit pun dia tidak pernah terasa dengan tindakan Ayie itu. Dia menganggap
semua yang telah terjadi ini hanyalah asbab dan dia yakin ada hikmah
disebaliknya. Dia terima takdir untuk dirinya dan dia juga yakin hanya Allah
swt yang tahu mana yang baik dan buruk untuknya, dan dia yakin jika ada sesuatu
yang terjadi kepadanya semuanya adalah untuk kebaikan ataupun dugaan untuknya.
"Yie, aku tak pernah salahkan kau punlah..aku
cuma risau je, lagipun aku pun manusia jadi normal lah kalau aku, ada rasa
takut semua tu.." Fitri cuba menenangkan rasa besalah sahabatnya itu kerna
dia tahu meskipun Ayie tidak pernah ungkapkan, jujurnya dia merasa sangat serba
salah dengan tindakannya membiarkan Fitri sendiri malam itu.
"Hemm kalau macam tu, jom ah kita gerak. Nanti
lambat pula sampai..ni pegang tangan aku, just incase apa-apa jadi, kau kena
ingat yang kau ada aku." Rasa sebak memenuhi dada Fitri. Sahabatnya itu
sedari kecik pakar membuat airmatanya menitis ke tanah. Tanpa membuang masa,
tangan Ayie dia genggam erat lalu kedua-dua mereka menuruni tangga bangunan
kolej kediaman itu dan menuju ke kereta grab yang sudah disewa oleh mereka
tadi.
Comments
Post a Comment