BAB 5

 Fitri masih lagi termenung sedari tadi. Dia dan Ayie tekun menunggu pengumuman penerbangan mereka yang bakal bertolak kejap lagi. 

 

"Ri? Kau nak makan?" Fitri menggeleng. Ayie mengeluh pelahan. Dia perasan sahabatnya itu sedari tadi seperti tiada mood. Tapi, dia mahu buat apa kalau dia sendiri buntu dan tidak pakar dalam kebolehan cari memcari itu. 

 

"Wey..nah chipsmore..mana tau kau okey sikit lepas ni..."  Fitri tersenyum memandang kearah sahabatnya yang jelas risau akan dirinya. Dia tahu dia seperti hilang arah, jujurnya dia juga tidak tahu mengapa. Dia seperti rasa hidupnya bakal berakhir. Benarlah kata orang, kita tak dapat menjangka apa yang bakal berlaku di masa hadapan, jadi berusahalah sedaya mungkin untuk menjadi lebih baik agar yang terbaik akan menantimu. Dalam tempoh singkat sebelum Fitri dan Ayie memasuki barisan penumpang kapal terbang, Fitri mulai mengenangkan dosa-dosanya yang banyak sehinggakan dia terasa seperti ingin menangis. Adakah waktuku telah tiba?

 

"Cik muda?" Fitri menoleh. Entah kenapa gelaran itu seperti miliknya, dan terbukti sememangnya dia yang dipanggil. Seorang pramugari cantik datang menyapanya. Dia mengarahkan jari telunjuknya kearah dirinya dengan pandangan 'me?' . 

 

"Ni untuk Cik Muda daripada Tuan King, hati-hati naik flight." Satu lembaran kertas bersaiz tiket diberikan kepada Fitri. Dia menatap lama tiket itu. Matanya membulat. Rasa gementarnya menguasai dirinya lagi.

 

"Apa tuh..." Ayie menegur dari arah belakang Fitri.

 

"Tiket first class.." kata Fitri takut-takut. Dia tidak suka dengan kesemua rasa misteri itu. Dia tidak suka berteki-teki. Alangkah bagusnya jika jejaka misteri itu berterus terang sahaja apa yang dia mahukan..risau juga dia kalau-kalau layanan istimewa itu akan menjadi layanan terakhirnya sebelum dia dipaksa menjual organnya sendiri. Ayie memeluk bahu sahabatnya itu cuba menenangkannya.

" in syaa Allah, takda apa-apa tuh..kita naik flight biasa je..tiket nih kau buang dekat tong sampah!" Fitri memandangnya dengan mata yang berair.

 

"Kau kenapa nak nangis,kau boleh relaks tak! Dia takkan boleh nak apa-apakan kau. Ni public area lah..dah dah jangan nangis.." 

 

"Ayie..aku takut nak buang,nanti dia perhatikan cemana and kalau dia dapat tahu aku tak naik first class cemana?kalau aku kena tanam hidup-hidup sebelum sampai rumah macam mana?"

 

"Astaghfirullahalazim Ri..kau boleh bawak bertenang tak..kau dah jauh ni. Kau kena relaks, dia bukan mafia kau tahu nak buat kau macam tu lepas belanja kau macam-macam.." Fitri mengesat airmatanya yang sedikit. Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Ayie itu. Dia bukannya 'mafia', dia cumalah jejaka misteri yang penuh tanda tanya!

 

Penerbangan satu jam itu terasa seperti 10 minit sahaja bagi Fitri. Dia tidak mampu berfikir waras sehingga kini. Otaknya dipenuhi dengan tanda soal yang terlalu banyak. 

 

"Ri..jom, kau takpayah fikir buat sekejap je..kita nak jumpa family kat bawah nanti. Kalau kau murung macam ni, risau pula diaorang." Fitri segera merubah ekspresi wajahnya. Iya, walau apapun isunya dia perlu berlagak seperti tiada apa-apa yang jadi dihadapan keluarganya. Perkara ini perlu dia rahsiakan. Dia tidak mahu merisaukan siapa-siapa.

 

"Betul gak cakap kau. Jom!" Dia bersemangat semula. Dia perlu berhenti risau dan yakin dengan qadaq dan qadarNya, kerna sesuatu perkara itu tidak akan berlaku jika bukan kerna hendakNya. Jadi, satu-satunya perkara yang perlu dia lakukan kini hanyalah diam dan berdoa agar hanya yang baik sahaja akan diberikan kepadanya nanti.

 

Langkah menuruni tangga untuk terus ke pintu utama lapangan terbang  itu, Fitri turuni pelahan. Dia seperti ingin patah balik. Tapi, sudah terlambat. 

 

"Kak Angah!!" Suara itu membuatkannya kuat serta merta. Suara Ahmad Fayyad, adik bongsunya itu bergema membuatkan dia sebak. Senyuman ibunya disebalik pintu masuk lapangan terbang membuatkan airmatanya menitis membasahi pipi munggilnya.

 

"Mak.." panggilnya sebak. Ayie disebelahnya juga terasa seperti ingin menangis kerna dia tahu, perit untuk Fitri ceritakan apa yang bakal ditempuhi dirinya kelak. Boleh jadi berita baik boleh jadi berita buruk. Dia juga bingung.

 

"Angaaaahhhh....." ibu Fitri, Puan Wawa berlari mendapatkan anak kecilnya. Dia rindukan Fitri kerna kini hampir setengah tahun Fitri tidak balik ke kampung. Dia rindukan anaknya yang bersaiz kecil itu.

 

"Makk.." pelukan menyatukan mereka selepas jarak kedua-duanya semakin kurang. 

 

"Ayieee..." Ayie yang berada disebelah Fitri juga dipeluk oleh Puan Wawa. Gadis itu dia hadiahkan kucupan pipi kiri dan kanan. Fitri pula mengangkat Fayyad yang sedari tadi melebarkan dakapannya. Adik yang berumur 4 tahun itu dia hadiahkan ciuman rindu.

 

"Allahu.." Puan Wawa terasa tertolak sedikit. Tubuhnya hampir rebah dilanggar oleh seorang pramugari. Fitri dan Ayia terpinga-pinga cuba menyambut Puan Wawa yang sedikit terkejut itu.

 

"Opps sorry, aunty I'm really sorry tak sengaja.." pandangan pramugari itu berubah arah kearah Fitri selepas berkali-kali memohon maaf. Satu senyuman sinis dia berikan.

 

"We meet again cik muda..well, see you again goodluck.." katanya lalu meninggalkan kebingungan dalam benak fikiran Puan Wawa dan kegusaran dalam hati Fitri dan Ayie.

 

"Haih macam-macamlah orang zaman sekarang ni kan Angah. Eh kejap, Angah kenal ke pramugari tu?kenapa dia panggil angah Cik Muda?Ingat angah ni pewaris syarikat ke?" Gelak Puan Wawa diikuti gelakan dibuat-buat oleh Ayie cuba menghilangkan kehambaran situasi itu.

 

"Salah orang kot mak, biasalah lately ni muka orang kan seakan- akan sama.."

 

"Tulah aunty, hari ini je dah nak 10 orang ingat Ayie ni anak diaorang ha.ha.ha.." pandangan hambar diberikan kepada Ayie oleh Puan Wawa dan Fitri.

 

"Haa..mu lah kita ke kereta, ibu kamu tuh Ayie dah lama tunggu..nanti risau pula dia kalau kamu lambat sampai.." kejadian tadi membuatkan Ayie dan Fitri saling berlaga bahu. Kedua-dua mereka berpandangan. Satu senyuman  Ayie berikan untuk menenangkan sahabatnya itu.

 

************

 

"Good Jia...be prepared untuk plan seterusnya nanti. This is your payment." Aiman memberikan sampul surat berwarna khaki itu kepada pramugari yang baru sahaja memasuki perut kereta bmw itu. 

 

"Ini sahaja? Kau biar betul man? Kau ingat aku pelakon 2 ribu ringgit ke?" Aiman menggelengkan kepalanya. Betuah sungguh pramugari upahan itu. Adegan langgar dan bagi tiket sahaja pun, itupun mahu berkira.

 

"Hoi, ini orang panggil wang muka kau tahu! Nanti selebihnya Tuan King bagilah, kau macam tak percaya kat dia pula.."

 

"Bila dia nak bagi aku haa? My mom is very tenat and I need the money urgent kau tahu tak!" Marah si pramugari bernama Jia itu.  Dari ekspresi wajahnya ada kejengkelan. Dia bukan apa, dia teramatlah pantang jika apa yang dijanjikan berbeza dengan apa yang dia dapat.

 

"Huh! Tuan King dah bayarkan semua bil hospital ibu kaulah. Duit tuh untuk perfomance kau hari ini." Jia membulatkan matanya. Seperti sukar untuk dia percaya. Adakah benar apa yang dia dengarkan itu? 

 

"Kau jangan nak main-main dengan aku man, mana bukti!" Kata Jia kasar. Baginya perkara yang membabitkan ibunya itu tidak perlu dibawa bergurau.

 

"Kalau kau tak percaya, apa kata kau call suami kau.." Jia yang jelas masih ragu-ragu itu mencapai telefon pintarnya. Belum sempat nombor suaminya dia tekan,satu panggilan masuk.

 

"Hello abang?"

 

"Sayang!! Ibu dah sedar!!" Airmata Jia mengalir. Ucapan syukur dia sebutkan berkali-kali. Rasa terima kasih dia sampaikan berjuta kali kepada Aiman. Aiman pula hanya memasangkan wajah malas mahu melayan.

 

"Nah, kunci hotel dan duit makan sepanjang sebulan kat sini. Kau jangan nak lari pula! Kau ingat kau dan keluarga kau masih ada hutang dengan Tuan King! Kau tahu kan apa yang bakal jadi kalau kau.."

 

"I know better than you for sure Aiman. Jangan risaulah, aku ni bukannya bodoh sangat pun. Waras lagi aku ni...aku blah lu. Apa-apa roger aku eh." Jia terus keluar meninggalkan Aiman. Keluar sahaja dia,ada kereta lain yang datang menjemputnya untuk terus ke hotel tempat penginapan percumanya.

 

"Dia dah pergi?"

 

"Dah Tuan.."

 

"Don't forget to inform her to put notes depan rumah my princess besok..and bila aku mention notes, I mean an appreciate able notes! Faham?"

 

"Should she tell Fitri about the.."

 

"Not yet Aiman! Bukan sekarang, ada banyak lagi yang kita kena urus supaya urusan minggu depan will be very smooth like butter.." suara datar Tuan King membuatkan Aiman mengangguk. Namun ada sesuatu yang menghentikannya.

 

"Apasal kau tak gerak lagi?"

 

"Like a criminal undercover...tu lagu bts kan Tuan?" 

"Papp!" Satu lemparan kasut singgah diatas kepala Aiman. Mahu sahaja budak kpopers itu Tuan King halau dari kereta mewahnya, tapi dia sedar diri yang tanpa budak army itu dia tidak akan mampu nak mengenali Fitri seakrab ini. Jadi mahu tidak mahu dia hanya perlu bersabar dan layankan sahajalah budak itu.

 

Comments

Popular posts from this blog

SLOWLY RECOVERING

Hari Hujan

BAB 2(MASTER KING)