PROLOG(MASTER KING).
Puteri Fitriyani memandang sekeliling. Airmatanya
mengalir. Kenapa terlalu awal dia perlu berada dia alam baharu itu? Dia melihat
bayangan wajah cantiknya didalam cermin biliknya. Mekap penuh yang mempamerkan
lagi wajah pengantinnya membuatkan dia sebak. Bukan ini yang dia mahukan. Bukan
ini perkahwinan yang dia idam-idamkan...Dia mahu bernikah dengan seseorang yang
dia cintai bukan seseorang yang datang mengejut dan mengugutnya untuk bernikah.
Pintu bilik itu dikuak. Ibunya berdiri sambil
tersenyum. Insan yang paling disayangnya itu sedang tersenyum sebak melihatnya.
"Ibu..." dia memanggil gelaran itu penuh
sebak. Ibunya yang sedari tadi menahan airmata memeluk anak gadisnya itu. Dia
dapat merasakan kehangatan ditubuh kecil itu. Dia tahu anaknya tidak bersedia
tapi entah kenapa permintaan hendak kahwin daripada anaknya itu membuatkan dia
terasa rela dan sedikit bahagia. Mungkin kerna lelaki pilihannya sangat
mencukupi kategori lelaki yang dia mahukan untuk anaknya. Serba lengkap dan
sangat melengkapi antara satu sama lain..
"Sayang..ibu tahu kamu se..."
"Makcik maaf tapi pengantin perempuan
dipanggil.." mak andam masuk memotong perbualan daripada ibu Fitri.
"Kejap eh...jom Angah.."
"Ibu...angah ada benda nak cakap..."
tangan itu Fitri genggam penuh erat. desperate. Iya dia sedang terdesak
sekarang. Ibunya perlu tahu sekarang.. perkahwinan ini perlu dihentikan..
"Cik...pihak lelaki dah lama tunggu.."
tidak lama selepas itu setiausaha si pengantin lelaki pula masuk memberi arahan
khas daripada Tuannya. Amaran. Amaran supaya mulut kecil itu tidak menceritakan
apa-apa.
Fitri mengeluh berat. Ibunya yang masih menunggu
ayatnya menaikkan keningnya.
"tak..angah actually nervous
sangat.."katanya sambil airmatanya mengalir laju. Ibunya mengesat air mata
itu sebelum sekali lagi anak keduanya itu dia peluk.
"Takpa angah..tu semua normal..nanti Angah akan
okey..percaya cakap ibu.." lantas kedua-dua mereka bangun daripada katil
itu dan menuju keruang tamu untuk memulakan majlis suci antara dia dan orang
asing!
Comments
Post a Comment