Posts

SLOWLY RECOVERING

Image
  Hai saya kembali! hehe.. kembali dengan khabar yang menggembirakan which is  i've finally started to recovering from the pain that i have at the moment. A few second ago i just read about how people like me find it's hard to addapt to their new environment especially when the new environment is simply not giving the whole vibe that you have been wanted. I did realize it before but ntahlah. Baru sekarang nampak kesan kot. Well, happy for me to say that aku finally have been started my heathy lifestyle journey. But don't get carried away bcs baru hari ke-7 and for sure ada banyak lagi hari-hari yang perlu dirintangi di masa hadapan. I started to wake up early in the morning and do wajib things macam solat etc( ingat gais, lebih baik kita sembahyang daripada kita disembahyangkan) selit sikit saham akhirat hehe.. I feel a good change on my body lately, maybe bcause finally aku mulai merasa bijak dalam mendisiplinkan diri sendiri terutama in choosing what to eat, when to eat a...

Hari Hujan

Image
 Hari Hujan semestinya hari kegemaran dia dan aku. Siapa pula dia? AHAHHA.. angan2 mungkin. Tapi, sekiranya si bakal 'dia' juga gemarkan hujan. Aku lagi suka hehe.. Hari pertama i am back into the job seeker status again. Berhenti kerja berharap mendapat pekerjaan yang lebih baik. Di dunia moden ini? yang manusianya berlari-lari mengisi permohonan kosong? nonsense, ehhh.. doakan shj dulu. Mana tahu termakbul. Kenapa berhenti? simple sudah tidak diperlukan. Kononnya. Kadang manusia itu terlalu memberi dan lupa bagaimana cara untuk menerima. Akulah salah satu daripada manusia itu. Tapi, peduli apa? pada awalnya aku juga berfikiran seperti itu tapi lihat diriku kini. Dipergunakan. Prestasiku buruk disebabkan ada insan yang terlalu sibuk untuk mengetahui apa keadaan kerjaku. Buzy seolah-olah aku terlalu free. Aku benci mereka jujurnya.  Inginku teriak menyatakan rasa amarah, tapi, aku siapa bukan? akhirnya kita hanya boleh mengambil inisiatif untuk berhenti dan menerima yang kita ...

PETANG SUNSET

Image
 Di waktu yang penuh hiru dan ramai. Aku duduk menunggu ketibaan kakak untuk mengambilku daripada kerja ahaha. Penat tapi worth it. Sunset selalunya menjadi jawapan dengan dunia yang semakin sesak. Kenapa? entah. Aku pun ragu apa kaitannya haha. Tapi, begitulah umumnya. Ciptaan tuhan adalah tempat yang terbaik untuk mengadu dan melepas lelah bukan? Malangnya kita masih lemah dalam mensyukurinya dan menjadikan manusia asbab penenang hati yang terluka.  Rindu pada Dia, tapi malas mahu berdoa. Bila rindu pada manusia barulah mencari tuhan yang Esa. Siapa lagi kalau bukan aku. Ya, aku si pendosa dunia yang mimpikan syurga. Ingat lagi sewaktu ku sampaikan pada insan yang melahirkan ku.   "Manusia seperti aku, layak ke syurga ke ibu?" dia diam lalu tersenyum. Syurga? katanya. Dia juga belum yakin apa pengakhirannya apatah lagi mahu meramal pengakhiran orang lain.  Tapi, ibuku berpesan. Mungkin kita bukan insan yang tergolong di antara insan yang jelas2 akan berada di ...

BAB 5

  Fitri masih lagi termenung sedari tadi. Dia dan Ayie tekun menunggu pengumuman penerbangan mereka yang bakal bertolak kejap lagi.     "Ri? Kau nak makan?" Fitri menggeleng. Ayie mengeluh pelahan. Dia perasan sahabatnya itu sedari tadi seperti tiada mood. Tapi, dia mahu buat apa kalau dia sendiri buntu dan tidak pakar dalam kebolehan cari memcari itu.     "Wey..nah chipsmore ..mana tau kau okey sikit lepas ni..."  Fitri tersenyum memandang kearah sahabatnya yang jelas risau akan dirinya. Dia tahu dia seperti hilang arah, jujurnya dia juga tidak tahu mengapa. Dia seperti rasa hidupnya bakal berakhir. Benarlah kata orang, kita tak dapat menjangka apa yang bakal berlaku di masa hadapan, jadi berusahalah sedaya mungkin untuk menjadi lebih baik agar yang terbaik akan menantimu. Dalam tempoh singkat sebelum Fitri dan Ayie memasuki barisan penumpang kapal terbang, Fitri mulai mengenangkan dosa-dosanya yang banyak sehinggakan dia terasa seperti ingin menan...

BAB 4

  "Fitri!" Ayie segera mendapatkan sahabatnya yang rebah beralaskan lantai shopping mall. Tubuh kecil Fitri dia gerak-gerakkan pelahan untuk memastikan gadis itu sedar dan berdiri diatas bumi yang nyata. Fitri pula masih memandang kearah si jejaka tinggi yang membuatnya tidak mampu untuk berbicara itu.     "En..encik?" Jejaka itu duduk mencangkung sambil mengarahkan wajahnya kearah Fitri yang sudah pucat lesu penuh ketakutan itu. Senyuman sinis berbonuskan suara gelak kecil itu membuatkan Fitri semakin yakin. Iya. Itu dia. Encik Mafia yang dia takuti akan muncul suatu hari nanti didalam hidupnya. Dan hari ini dia muncul. Muncul dengan penuh tanda tanya diruangan kepala otak Fitri.     "Aww so sweet! You remember me!" Kedengaran seperti menyindir tapi caranya melontarkan ayat tadi membuatkan sesiapa sahaja cair. Agak dingin tapi penuh emosi.   "Cik muda...do you remember what you promised me?" Fitri seperti ingin lari. Kini kesemua bah...

BAB 3(MASTER KING)

"Maaf encik...saya serius tak sengaja...saya minta maaf.." Fitri segera memohon maaf taktala badannya tersembam dengan susuk badan orang lain dibelakangnya. Dia sedikit mendongak sebelum matanya tertembung dengan seorang jejaka dewasa yang segak memakai mask. Matanya sedikit familiar buat Fitri. Dia mencari-cari siapa pemilik mata itu tapi gagal,mindanya tidak dapat mengesan dek kerana jejaka tadi  meninggalkan dia yang masih terpinga-pinga.   "Woi!kan aku dah cakap becareful! Apa yang susah sangat kau nak dengar..kau tu kecik! Orang langgar pun orang takkan perasanlah.."laju saja mulut Ayie memarahi rakan bertuahnya itu.   "Hish kau ni...tak baik..."   "haa sudah,cuba belajar terima teguran aku yang jelas-jelas benar lagikan tepat ni..dahla,aku lapar ni jom pergi makan kat food court." Lengan Fitri laju sahaja dirangkul oleh Ayie dan dibawanya gadis kecil itu menuju ke restoran kegemarannya. Fitri pula masih memandang kearah langkah ...

BAB 2(MASTER KING)

    "Kau ingat wajah aku betul-betul..kau kena janji dengan aku,yang in the future,kalau wajah ni datang lagi dekat kau dan minta something daripada kau,apapun itu...you have to say yes..." Fitri termenung memandang kearah langit yang membiru pada awal petang itu. Riak wajahnya menunjukkan dia sedang bingung. Berkali-kali dia merubah bentuk tangannya yang terangkat ke langit dek kerana rasa kelirunya. Dia bangun dari perbaringan dengan segera. "Hish! Apa maksud tuan tu eh..." Ayie disebelahnya terkejut beruk. Wajahnya sedikit jengkel. Apa pula yang sahabatnya duk merepek petang-petang sabtu ni. "Kau kenapa ni?masih tak boleh move on ke? Aku dah minta maaf banyak kali dah kan?" Ayie sedikit serba salah. Dia tahu yang sahabatnya itu teramatlah marah padanya sejak ahad yang lalu. Dia juga tahu,apa yang terjadi itu bukanlah kehendak hatinya dan jujurnya dia teramatlah menyesal. Kepalanya yang berlapik tudung bawal berwarna kelabu dia garu pelahan.   ...